Wednesday 30 November 2011

Renungan.


********************

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

*********************

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

**********************

Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..

***********************

Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

***********************

Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..

************************


Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

*************************

Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin

*************************

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

**************************

No comments:

Post a Comment